Tahun 4 Amanah, Blogger cilik.

16 April 2018, Keseronokan terpancar di wajah-wajah murid Tahun 4 Amanah apabila guru memperkenalkan bagaimana mencipta blog. Kelas pada hari tersebut telah diadakan di Bilik TV/AV. Murid sangat teruja kerana didedahkan contoh blog Pusat Sumber Sekolah SK Sri Aman. Murid diingat supaya supaya hanya melayari blog-blog yang selamat sahaja.

 

Click here to know more about blogging

How to create a blog

Website builder

Advertisements

Orientasi Tahun 1 2018

Tujuan;

1.Memberi pendedahan awal tentang penggunaan  kemudahan Pusat Sumber Sekolah.

2. Memberi pendedahan tentang peraturan-peraturan di Bilik PSS.

3.Memberi pengetahuan awal tentang Program NILAM.

Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) 2018

PENDAHULUAN

Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) merupakan salah satu program Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah Program Gerakan Tabiat Membaca. Program KM1M 2018 telah diadakan selama 3 hari iaitu 3 hingga 5 April 2018 serentak diseluruh negara. Objektif program ini bertujuan membantu pihak pusat sumber meningkatkan fungsinya dan mengalakkan penglibatan murid dengan aktiviti pusat sumber sekolah.

MATLAMAT

Memupuk budaya membaca di kalangan murid.

OBJEKTIF

  • Membina dan mengukuh budaya membaca di kalangan pelajar.
  • Menggerakkan program / aktiviti galakan membaca dikalangan murid sekolah.
  • Pembelajaran secara didik hibur di luar kelas melalui aktiviti –aktiviti yang berkaitan dengan pembacaan.
  • Memupuk minat membaca secara berterusan dan menjadikan Pusat Sumber Sekolah sebagai tempat rujukan bahan bacaan serta memperkukuhkan kemahiran maklumat dalam kalangan murid.

TEMA

Pembacaan Berkualiti Menjana Minda Bistari

TEMPAT

Bilik Darjah, Bilik Perpustakaan dan Dewan Sekolah

TARIKH DAN MASA

Tarikh :            3 April  2018 hingga 5 April 2018 (Selasa-Khamis)

Masa   :           Mengikut jadual matapelajaran masing-masing.

KUMPULAN SASARAN

  1. Semua Warga SK Sri Aman
Bil. Tugas Tarikh  / Masa
1. Jejak Maklumat Tarikh: 3.04.2018 (Selasa)

Masa : Mengikut Jadual matapelajaran.

2. Pertandingan “Words Puzzle” Tarikh: 3.04.2018 (Selasa)

Masa : Mengikut Jadual matapelajaran.

3. Rekacipta Bahan Terbuang Tarikh: 4.04.2018 (Selasa)

Masa : Mengikut Jadual matapelajaran.

4. Melukis  Poster Mewarna Abjad dan Nombor Tarikh: 3.04.2018 (Selasa)

Masa : Mengikut Jadual matapelajaran.

5. Projek Bumi Hijau Tarikh: 4.04.2018 (Selasa)

Masa : Mengikut Jadual matapelajaran.

6. Pertandingan Mewarna Poster Tarikh: 4.04.2018 (Selasa)

Masa : Mengikut Jadual matapelajaran.

7. Menulis Sajak dan Syair

Mendeklamasikan Sajak dan Syair.

Tarikh: 5.04.2018 (Selasa)

Masa : Mengikut Jadual matapelajaran.

8. 15 Minit Bersama Buku Tarikh: 3.04.2018 (Selasa)

Masa : Mengikut Jadual matapelajaran.

9. Pertandingan Reka Bentuk Penanda Buku Tarikh: 3.04.2018 (Selasa)

Masa : Mengikut Jadual matapelajaran.

10 Pertandingan dan Sesi Bercerita

 

Tarikh: 6.04.2018 (Rabu)

Masa : Perhimpunan.

11. Jualan Buku/ Book Fair Tarikh: 5.04.2018 (Selasa)

Masa : Mengikut Jadual matapelajaran.

KEM MEMBACA 1 MALAYSIA 2017

Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) 2017 kembali lagi! Pelbagai program telah dirancang dan akan dilaksanakan sepanjang kem ini dari 04 April 2016 hingga 06 April 2017. Perasmian KM1M peringkat sekolah SK Sri Aman akan dilaksankan pada 05 April 2016 semasa perhimupunan mingguan sekolah.

Pada 04 April 2017 (Selasa), semua murid Tahap 1 akan melaksanakan aktiviti Mewarna Poster Amalan Membaca dari Tahun 1 hingga Tahun 3. Aktiviti ini akan bermula seawal pukul 0700 pagi sehingga 0830 pagi. Semua guru yang mengajar pada waktu tersebut akan mengawasi aktiviti dalam kelas masing-masing. Tiga pemenang akan dipilih dari setiap Tahun.

05 April 2016 hingga 06 April 2017, murid-murid Tahun 4, 5 dan 6 dirancangkan akan menjalankan Pertandingan Scrabble, Spelling Bee dan Deklamasi Sajak sebagai memenuhi kehendak program ini. Setiap pertandingan akan disediakan hadiah dan sijil untuk menghargai sumbangan murid yang terlibat. Program ini bukan sahaja melibatkan guru matapelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris tetapi juga termasuk semua warga sekolah SKSA.

Sama-samalah kita warga SKSA menjayakan aktiviti yang telah dirancang ini.

Program NILAM Tahun 2 Amanah (Bahasa Inggeris)

1456442298457-1017879731

Tahun 2Amanah

1456442809863158446749Semua murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6 wajib melaksanakan Program  Bacaan   NILAM. Gambar menunjukkan  murid- murid sedang membaca menggunakan buku-buku First Step Rigby Literacy. Buku-buku ini disimpan dalam kotak mengikut kelas.  Guru juga boleh menjalankan aktiviti bacaan dalam kelas  menggunakan  bahan bacaan   yang  sama.

 

Aktiviti murid-murid non-muslim Pagi Jumaat

1456441016842755875460.jpgBeberapa orang murid bukan Islam sedang membaca dengan senyap Semasa aktiviti moral pagi Jumaat bermula pukul 6.30 pagi hingga 7.00 pagi. Aktiviti ini telah bermula sejak setahun yang lalu. Manakala bagi murid islam, mereka akan membaca Yassin di surau sekolah. Objektif program ini adalah untuk memenuhi masa pagi bagi murid yang datang awal dengan memberikan mereka peluang membaca di PSS. Aktiviti ini juga untuk menanam tabiat membaca dalam kalangan semua murid.